Najib Lahirkan Takziah Atas Kematian Bekas Speaker

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin.

"Terima berita sedih mantan Speaker Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Moga roh dirahmati Allah," katanya dalam catatan terkini di laman Facebook dan Twitter beliau.

Wan Razali, 64, meninggal dunia pada 5.30 petang tadi di Kuantan Medical Centre akibat komplikasi kencing manis dan darah tinggi.

Allahyarham berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang mulai 11 Dis 1999 hingga 3 April 2013.

Beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang peringkat daerah Pekan pada tahun 2013.

Adik Allahyarham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin berkata, abangnya dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan setelah mengadu sakit dada semasa berada di rumahnya di Indera Mahkota Dua kira-kira pukul 4 petang.

"Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 petang di sisi anggota keluarga yang terdekat setelah hampir sejam diberikan rawatan cemas," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Wan Kadri berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Belimbing untuk dikebumikan malam ini.

Wan Razali pernah menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan.

Allahyarham adalah juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini untuk empat penggal berturut-turut selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Bagaimanapun, pada PRU ke-10 pada tahun 1999, Allahyarham tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Jafri Ab Rashid. 

Beliau mula menyertai dunia politik pada 1980 sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Belimbing, kemudian  dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan pada tahun 1994. 

Sebelum menyertai politik, Allahyarham pernah menyandang jawatan Ketua Kampung Belimbing selama lapan tahun, dari 1974 hingga 1982.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan