Malaysia Meterai Perjanjian Suruhanjaya Bersama Dua Hala Dengan Rusia

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 9:44 AM

Najib berjabat tangan dengan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Rusia telah memeterai perjanjian untuk menubuhkan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia Bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (ESTC) awal hari Ahad.

Perjanjian ESTC itu menawarkan mekanisme dua hala untuk meningkatkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Pertama Rusia, Elexei Likhachevdan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menandatangani perjanjian berkenaan.   

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev menyaksikan majlis itu yang diadakan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan ketika Malaysia menjadi pengerusi kumpulan serantau itu.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat tertutup selama kira-kira 30 minit bagi membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama.

Malaysia turut mengadakan majlis makan makan sebagai penghormatan kepada pemimpin tertinggi ASEAN dan antarabangsa dari Amerika Syarikat, Rusia, China,Jepun, India, Newa Zealand, Korea Selatan dan Australia.

Medvedev kini dalam lawatan selama tiga hari selepas tiba di negara ini pada Sabtu.

Malaysia dan Rusia telah berusaha keras merealisasikan perjanjian ESTC sejak lawatan Anifah ke Rusia pada Julai 2013.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan