Keunikan Budaya Malaysia Tarik Perhatian Pengunjung China

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 10:01 AM

John K. Samuel

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Hari Kebudayaan Malaysia 2015 yang julung kali dianjurkan menarik perhatian pengunjung China serta warga Beijing Foreign Studies University (BFSU) yang mengagumi kebudayaan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Program itu dianjurkan BFSU dan Kedutaan Malaysia di China bagi memperkenalkan dan mempromosi keunikan budaya Malaysia kepada masyarakat China serta menyatukan pelajar tempatan dan antarabangsa.

Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di China, John K. Samuel berkata program itu juga menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-41 tahun ini. 

"Saya bersyukur kerana hubungan ini kian erat dan meluas dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. 

"Dalam bidang pendidikan khususnya, BFSU telah memberi tumpuan istimewa kepada program pengajian bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia sehingga universiti ini menjadi pusat pengembangan bahasa dan persuratan Melayu yang terunggul di China," katanya selepas merasmikan Hari Kebudayaan Malaysia, di BFSU pada Ahad.

Turut hadir Konsul Pendidikan Kedutaan Malaysia di China, Dr Mohd Rozi Ismail dan Naib Presiden BFSU, Dr Yan Guohua. Pusat Pengajian Melayu-China yang berpangkalan di BFSU ditubuhkan pada 1996 itu telah banyak melahirkan pegawai diplomat, penyiar, pensyarah, wartawan, penterjemah dan guru untuk berkhidmat di China dan negara berbahasa Melayu khususnya.

Samuel berkata bidang pengajian Melayu yang kian meluas di China pasti akanmengeratkan serta memperkukuhkan jalinan persefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan China.

Beliau berkata hubungan BFSU dan Malaysia terjalin sejak 2007 apabila Kementerian Pendidikan Malaysia membuat penghantaran pelajar bagi mengikuti pengajian Mandarin dengan harapan golongan ini kembali bertugas sebagai guru bahasa Mandarin di Malaysia.

"Hingga kini, terdapat lebih 300 orang pelajar yang dihantar kerajaan Malaysia ke sini dan BFSU merupakan pusat utama yang melatih pelajar Malaysia. BFSU turut membuat program pertukaran pelajar jurusan bahasa Melayu ke Universiti Malaya," katanya.

Samuel berkata program kebudayaan Malaysia boleh menjadi titik peningkatandan perluasan kepada China dan warga BFSU untuk lebih mengenali masyarakat Malaysia yang hidup dalam semangat perpaduan walaupun berbilang kaum dan berbeza budaya.  Hari Kebudayaan Malaysia itu dijayakan sekumpulan pelajar Malaysia dan China yang mengambil jurusan bahasa di BFSU dengan pelbagai persembahan warna-warni budaya masyarakat Malaysia.

Pengunjung dipersembahkan dengan tarian 1Malaysia (menggabungkan kaum Melayu, Cina dan India), silat, tarian singa dan dikir barat. Turut dipamerkan permainan tradisional seperti wau dan congkak, alatan muzik, pakaian tradisional, makanan serta produk pelancongan Malaysia. 

Pengarah program Muhammad Yasyfi Abu Yazid, 21, berkata Hari Kebudayaan Malaysia dirancang dengan harapan lebih ramai rakyat China dapat mengenali keunikan budaya masyarakat Malaysia.

Pelajar tahun ketiga jurusan Mandarin itu berkata persiapan program yang mengambil masa enam bulan itu walaupun memenatkan, namum hasilnya memuaskan apabila melihat penduduk China menghayati budaya Malaysia bukan sahaja kaumMelayu tetapi Cina, India dan etnik lain di Sabah dan Sarawak. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Bahasa Melayu , Unik , Beijing

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan