Obama: Amerika Syarikat Komited Perangi Negara Islam

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengulangi komitmen negaranya untuk memerangi Negara Islam (IS) dan aktiviti keganasan.

Obama menyifatkan IS sebagai organisasi kejam dan berkata AS dan rakan-rakan gabungannya termasuk Malaysia, tidak akan berhenti sehingga ia dihapuskan.

"Kami akan buru pemimpin mereka dan musnahkan rangkaian mereka," katanya pada sidang media di Ritz-Carlton Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Obama yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 berkata, dia dikritik kerana lawatannya ke Asia apabila sebuah akhbar menyifatkannya sebagai "gangguan Obama terhadap Asia".

"Rantau ini tidak diganggu," katanya.

Obama menegaskan bahawa keselamatan dan pertempuran global terhadap keganasan adalah agenda utama dalam perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin di rantau ini.

Katanya, beliau menjemput semua 10 pemimpin Asean ke Washington tahun depan untuk meneruskan perbincangan mengenainya.

Jelas Obama kesemua pemimpin berkenaan telah menerima jemputannya.

Tags / Kata Kunci: Barack Obama , Negara Islam , Militan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan