Selesaikan Isu Laut China Selatan

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dengan berpandukan undang-undang antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini. Sabtu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mengawal diri daripada bertindak mengikut perasaan.

"Kita memberi penekanan terhadap pentingnya menyelesaikan pertikaian secara aman, sejajar dengan undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut). Justeru, kita menyeru semua pihak supaya mengawal diri dan mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh merumitkan atau meningkatkan lagi ketegangan," katanya.

Najib juga meminta semua negara di rantau ini bertindak sebagai ASEAN di peringkat antarabangsa dan menegaskan bahawa dengan bertindak secara bersama, kekuatan mereka akan jauh lebih hebat daripada bertindak bersendirian manakala dunia pula akan mengiktiraf serta menghormati kebangkitan ASEAN dan segala pencapaiannya setakat ini.

Ini, kata beliau, termasuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Tags / Kata Kunci: Laut China Selatan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan