Obama Kecam Serangan Di Mali

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 5:58 PM

Obama semasa berucap di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Asean 2015 (ABIS 2015) di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto NORAFIFI EHSAN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Sabtu mengecam serangan terhadap sebuah hotel di Mali dan berkata jenayah keji itu merupakan satu lagi peringatan tentang bahaya keganasan yang mengancam banyak negara.

Obama, yang menyentuh tentang serangan itu pada permulaan ucapannya di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Asean 2015 (ABIS 2015) di sini, menegaskan bahawa Amerika Syarikat bersama sekutu dan rakannya, tidak akan berdiam diri terhadap pihak yang menjadikan rakyat negara itu sebagai sasaran mereka.

Lebih 20 orang terbunuh dalam serangan pada Jumaat itu di sebuah hotel mewah di Bamako, di mana penyerang menjadikan 170 orang sebagai tebusan.

"Kami akan terus menghapuskan rangkaian pengganas," kata Obama, yang berada di Kuala Lumpur selama tiga hari kerana menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, dengan Malaysia sebagai pengerusi perkumpulan serantau itu pada 2015.

Sambil menegaskan bahawa 'kekejaman itu akan hanya menguatkan lagi azamnya (Amerika Syarikat) untuk menghadapi cabaran", beliau berikrar bahawa negaranya tidak akan membiarkan para pembunuh berkenaan hidup dengan selesa. 

"Negara di seluruh dunia, termasuk yang mempunyai wakil mereka di sini hari ini, bersama-sama berazam untuk melindungi rakyat kami dan menghapuskan ideologi keji yang mencetuskan keganasan ini serta memperjuangkan nilai universal iaitu toleransi dan menghormati maruah manusia yang menyatukan kita serta menjadikan kita lebih kuat daripada mana-mana pengganas," katanya.

"Inilah tugas yang perlu kita laksanakan bersama. Inilah masa depan yang perlu kita bina bersama. Itulah sebabnya saya berada di sini hari ini," kata Obama.

Beliau juga mengutuskan ucapan takziah kepada rakyat Mali dan keluarga mangsa, termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat.

"Kami akan berdiri teguh bersama-sama rakyat Mali dalam usaha mereka untuk membebaskan negara mereka daripada pengganas dan dalam mengukuhkan lagi demokrasi mereka," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mali , Barack Obama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan