Najib Jelaskan Proses Domestik TPP Kepada Obama

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah diberikan pemahaman mengenai proses domestik Malaysia untuk meluluskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerangkan proses itu kepada Obama ketika mesyuarat dua hala selama 45 minit di sini, Jumaat.

Beliau memberitahu Obama yang kajian analisis faedah kos mengenai TPPA akan dikemukakan kepada kabinet minggu depan dan dibentangkan ketika sesi khas Parlimen pada Januari.

"Diharapkan dengan sokongan dan kelulusan Parlimen, TPPA akan disahkan dalam tempoh dua tahun.

"Kami percaya ia akan meningkatkan perdagangan, pelaburan dan inovasi," kata Najib pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat dua hala berkenaan.

Obama berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Najib mengenai kemajuan yang dicapai TPPA setakat ini.

Beliau juga mengakui yang Malaysia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan sebagaimana digariskan dalam perjanjian berkenaan.

Malaysia dan 11 negara lain, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam telah berjaya memuktamadkan rundingan TPPA itu pada 5 Oktober 2015.

Tags / Kata Kunci: TPP , Obama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan