Najib Gesa Cari Penyelesaian Tangani Ekstremisme, Keganasan

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan mengesankan mengenai ekstremisme dan keganasan, menegaskan bahawa penyelesaian baharu perlu dicari untuk menangani masalah itu.

Berucap di hadapan pemimpin daripada seluruh Asia Tenggara, Perdana Menteri Malaysia berkata mungkin tindakan ketenteraan sahaja tidak memadai untuk menumpaskan mereka yang cenderung mencetuskan perang, huru-hara dan kematian serta kemusnahan dan kecelaruan.

"Ini merupakan ideologi yang diperjuangkan kumpulan ekstremis ini yang menjadi punca keganasan sadis ini, dan dalam tragedi kali ini, kita tidak boleh terlepas pandang akan hakikat bahawa ideologi itu sendiri perlu didedahkan dan begitu juga pembohongannya - dan menumpaskannya.

"Kerana ini tidak Islamik. Tidak sesekali begitu," kata Najib, yang juga Pengerusi Asean 2015, dalam ucapan yang disampaikan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di dini.

Perdana Menteri memulakan mukadimah ucapannya dengan merujuk kepada banyak nyawa yang terkorban akibat tindakan keganasan di tempat-tempat seperti Paris, Beirut, Sinai, selatan Filipina dan Mali.

Tags / Kata Kunci: Asean

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan