Pemimpin Asean, Dunia Nikmati Sate Pada Majlis Makan Malam Gala

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 11:52 PM

Majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan oleh Malaysia selaku pengerusi perkumpulan serantau itu bagi 2015 di Kuala Lumpur, malam Sabtu. Foto AZMAN GHANI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas mengadakan siri mesyuarat penting, pemimpin Asean dan rakan dialognya beristirahat dengan menyaksikan persembahan gilang gemilang dan menikmati hidangan enak pada majlis makan malam gala dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para pemimpin hadir pada majlis itu yang dianjurkan bersempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan oleh Malaysia selaku pengerusi perkumpulan serantau itu bagi 2015, kelihatan segak dan anggun memakai baju songket Malaysia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama;Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye.

Di samping hidangan makanan barat, majlis makan malam itu turut menjamu satu daripada makanan terkenal Malaysia, sate, yang dipilih sendiri oleh Najib yang didatangkan khas dari Raub, Pahang.

Beroperasi di depan Hospital Raub, 'Satay Pak Harun' yang tersohor itu, telah diperkenalkan kepada Najib oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

"Dalam satu majlis di kediaman Perdana Menteri, Sultan Pahang membawa sate kami dan sejak itu Perdana Menteri sering memesan sate kami untuk majlis-majlis di Kementerian Kewangan," kata pengusaha sate itu, Harun Mat Akhir, 68, kepada Bernama

Beliau menyediakan lebih 1,000 cucuk sate ayam dan daging bagi majlis makan malam itu.

Semasa menikmati hidangan enak disediakan pasukan kulinari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tetamu kehormat dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu era P. Ramlee dan pelbagai persembahan kebudayaan.

Medley lagu patriotik 'Tanah Pusaka' dan 'Standing In The Eyes Of The World' dipersembahkan sebaik sahaja majlis bermula yang berjaya memukau hadirin.

Ini disusuli dengan persembahan tiupan saksofon lagu-lagu terkenal P.Ramlee - Getaran Jiwa, Kwek Mambo, Tiru Macam Saya dan Menceceh Bujang Lapok - yang turut dipilih secara peribadi oleh Najib.

Majlis turut diserikan dengan persembahan medley lagu pelbagai kaum di Malaysia serta persembahan kebudayaan mewakili semua 10 negara anggota Asean serta persembahan 'ala broadway" mengenai Rakan Dialog Asean.

Tidak ketinggalan membuat persembahan menarik ialah anak-anak berbakat Permata Seni dengan lagu "Heal The World" dan diakhiri dengan nyanyian lagu "Ain't No Mountain High Enough" dan "One" (lagu tema Asean 2015) oleh kesemua 429 peserta persembahan.

Dalam ucapan ringkas pada majlis itu, Najib memuji semua pemimpin yang kelihatan begitu segak dan anggun memakai baju songket yang direka khas untuk Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

"Saya rasa saya mahu mulakan fesyen baharu di Malaysia," katanya secara berseloroh dan penuh ceria.

Perdana Menteri turut mengambil perhatian bahawa Asean bukan sahaja relevan bagi rantau ini tetapi juga semakin penting kepada dunia. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Asean , sate

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan