Kadar Celik Huruf Bumiputera Meningkat 98 Peratus Tahun Lalu - Berita Semasa | mStar

Kadar Celik Huruf Bumiputera Meningkat 98 Peratus Tahun Lalu

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Kadar celik huruf terutama dalam kalangan Bumiputera meningkat kepada 98 peratus tahun lalu hasil daripada pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ini sekaligus menunjukkan perkembangan positif kadar celik huruf berbanding pada awal kemerdekaan.

"Kerajaan telah mengadakan (pelbagai) perancangan, strategi dan tindakan untuk meningkatkan taraf pendidikan," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pintas di sini, Sabtu.

Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata, usaha meningkatkan taraf pendidikan itu juga mendorong kerajaan melahirkan lebih ramai Bumiputera yang menyandang jawatan utama di jabatan kerajaan mahupun sektor swasta. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan