Dokumen Asean 2025 Gariskan Laluan Asean Pada Dekad Akan Datang

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dokumen 'Asean 2025: Bersama Melangkah Ke Hadapan' yang akan ditandatangani pemimpin Asean pada Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Ahad akan menggariskan laluan bagi pembinaan Komuniti Asean bagi 10 tahun akan datang.

Menurut seorang pegawai kanan ASEAN, dokumen itu merupakan pelan tindakan berwawasan yang menggariskan matlamat dan aspirasi Asean untuk merealisasikan hasrat bagi penyatuan, integrasi dan kesepaduan lebih jitu sebagai satu komuniti.

"Asean sedang berusaha menuju menjadi satu Komuniti yang 'bersatu dari segi politik, integrasi lebih padu dari segi ekonomi, dan lebih bertanggungjawab dari segi sosial'. Dokumen Asean 2025 ialah hasil perancangan dan perbincangan mendalam selama setahun, dan mencerminkan keazaman Negara Anggota untuk melangkah ke hadapan bagi perubahan untuk fasa akan datang Asean," kata pegawai itu.

Pegawai itu seterusnya berkata, fokus bagi Komuniti Asean untuk 10 tahun akan datang, ialah:

* Lebih penekanan terhadap rakyat Asean dan kesejahteraan mereka.

* Meningkatkan kesedaran tentang Asean dan visinya untuk menjadi Komuniti yang lebih bersatu dari segi politik, integrasi lebih padu dari segi ekonomi dan lebih bertanggungjawab dari segi sosial.

* Melibatkan semua warga negara Asean menerusi platform efektif dan inovatif untuk menggalakkan komitmen dan pengenalpastian dasar-dasar Asean dan kepentingan serantau.

* Memastikan kebebasan asas, hak asasi manusia dan kehidupan lebih baik bagi semua warga Asean.

* Meningkatkan kapasiti untuk mengendalikan cabaran sedia ada dan bakal muncul, dan pada masa sama mengekalkan kepusatan Asean.

* Berwawasan dan menjadi pemain global.

* Melaksanakan agenda Asean dan pada masa sama memperjuangkan aspirasi nasional yang menyumbang kepada pembinaan Komuniti Asean.

* Memperkukuhkan Organ-Organ Aseandan Sekretariat Asean.

Pegawai itu menambah elemen utama Dokumen Asean 2025 terdiri daripada pelan tindakan dan langkah strategik spesifik untuk merealisasikan sasaran yang dikenal pasti.

"Aspirasi utama dokumen ini termasuk semua tiga teras Asean iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosiobudaya," katanya.

Elemen utama Komuniti Politik-Keselamatan Asean 2025:

* Asean berasaskan peraturan, berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat di rantau yang aman, stabil dan makmur. 

* Komuniti Asean yang bersatu.

* Komuniti dinamik, berdaya tahan dan harmoni yang dapat respons secara efektif terhadap kelemahan sosial dan ekonomi dan ancaman keselamatan bukan tradisional yang lain.

* Komuniti yang mampu respons secara efektif terhadap cabaran yang menjejaskan Asean dari dalam dan luar rantau. 

* Komuniti yang berpendirian teguh dalam mengekalkan kepusatan Asean menerusi mekanisme serantau.

* Memperkukuhkan perpaduan dan kesepaduan Asean untuk melindungi peranan utama dan berpusat dalam mengendalikan perkara-perkara kebimbangan bersama.

* Meningkatkan kerjasama dan dialog dengan rakan luar Asean bagi faedah dan kepentingan bersama.

Elemen utama Komuniti Ekonomi Asean 2025:

* Ekonomi yang berintegrasi lebih padu dan mempunyai jalinan lebih baik dengan sistem ekonomi global.

* Mesra perniagaan, mempermudahkan perdagangan, dipacu pasaran dan persekitaran boleh dijangka yang boleh meningkatkan keyakinan pelabur. 

* Rantau yang memainkan peranan utama dalam rangkaian nilai global dan meningkatkan penyertaan dalam aktiviti tambah nilai tinggi dan berasaskan pengetahuan.

* Rantau yang kompetitif dan dinamik yang menggalakkan inovasi dan perniagaan semua saiz berkembang maju dan hak pengguna dilindungi.

* Komuniti yang mendapat manfaat daripada integrasi ekonomi yang dikongsi secara saksama di antara dan kalangan Negara Anggota Asean termasuk perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana, belia dan usahawan wanita.

* Rantau yang dihubungkan dengan penambahbaikan dari segi rangkaian pengangkutan dan infrastruktur bagi membantu aliran warganya dan perniagaan lebih efisien dan kerja rentas sempadan lebih produktif, memperluas capaian pasaran dan sumber barangan dan perkhidmatan strategik. 

Elemen utama bagi Komuniti Sosiobudaya Asean 2025:

* Komuniti inklusif yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat dan menggalakkan kehidupan berkualiti tinggi dan akses samarata kepada peluang untuk semua dan melibatkan pihak berkepentingan relevan dalam proses-proses Asean.

* Komuniti mapan yang menggalakkan pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar menerusi mekanisme efektif untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan warganya.

- Bernama

Tags / Kata Kunci: Asean

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan