Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 315 orang pagi ini berbanding 286 orang malam tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.

Beliau berkata mangsa banjir terbaru di Bukit Merah, Batu 38 dan Batu 40 daerah Bagan Serai iaitu seramai 34 orang daripada 12 keluarga yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah berikutan air naik setinggi 0.9 meter akibat hujan lebat petang Jumaat.

"Sementara, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak, membabitkan Kampung Lorong Mesra, Batu 9, Lorong Kedah dan Kampung Baru Batu 8, masih kekal dengan 167 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata mangsa tanah runtuh pula berkurangan dari 75 orang kepada 61 orang membabitkan Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas yang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah, Kampung Padang Serai.

"Mangsa banjir di Bagan Serai, membabitkan Kampung Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam, meningkat kepada 53 orang daripada 14 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak," katanya.

Hujan yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan air naik antara 0.2 meter hingga 0.9 meter di kawasan terbabit, akibat daripada limpahan air sungai berhampiran, katanya. 

Tags / Kata Kunci: Banjir , Perak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan