klia2: Program Penyelenggaraan MAHB Berjaya Kurangkan Masalah Air Bertakung

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kerja-kerja penyelenggaraan berterusan yang dilakukan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2), berjaya mengurangkan masalah air bertakung di kawasan apron, kata Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali.

"Walaupun kita sedang mengalami musim hujan, masalah (air bertakung) berjaya dikurangkan, dan kita telah melaporkan sebanyak tiga kali maklumat terkini mengenai program penyelenggaraan berkenaan di laman web MAHB," katanya.

Katanya MAHB telah menyediakan laporan bulanan mengenai program penyelenggaraan di klia2 yang membolehkan semua pihak, termasuk orang awam, mengetahui kemajuan terkini program itu.

"Kita mengambil pendekatan terbuka dalam hal ini, dan semua orang boleh lihat kemajuan yang kami telah lakukan selama empat bulan ini, yang mana dulu banyak air bertakung, namun sekarang sudah berkurangan," katanya.

Mengenai isu tumpahan minyak di kawasan meletak pesawat Q10 dan Q12, Badlisham sekali lagi menegaskan bahawa ia berpunca daripada kebocoran paip dan bukan kerana mendapan tanah.

"Kami masih menutup kawasan yang bocor itu, dan kapal terbang boleh menggunakan kawasan meletak pesawat yang lain, dan kami menggunakan lori tangki untuk menyalurkan minyak kepada kapal terbang terbabit," katanya.

Badlisham berkata Kuala Lumpur Aviation Fuelling System, anak syarikat milik Petronas, masih lagi menyiasat punca kebocoran tersebut dan melakukan kerja pembaikan ke atas saluran paip berkenaan.

"Siasatan terperinci masih lagi dilakukan kerana kita mahu tahu punca sebenar, dan hasil siasatan tersebut akan dilaporkan kepada kami tidak lama lagi," katanya. 

Tags / Kata Kunci: klia2 , MAHB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan