UPNM Bakal Lahirkan Graduan Mahir Hafazan Al-Quran

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 6:00 PM

Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia, Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin (empat, kiri) bermesra dengan sebahagian graduan pada Konvokesyen Hafazan Al-Quran UPNM 2015 di Dewan Bestari, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memulakan langkah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang hafazan al-Quran menerusi projek rintis hafazan al-Quran pada Ogos lepas.

Naib Canselornya, Tan Sri Jen Zulkifli Zainal Abidin berkata kesemua pelajar dalam projek rintis itu sudah berjaya menamatkan hafazan masing-masing.

Beliau berkata melalui program berkenaan pelajar wajib menghafal tujuh surah dan juzuk terakhir al-Quran bagi melayakkan mereka dianugerahkan sijil hafazan.

Katanya universiti itu berhasrat melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam ilmu ketenteraan tetapi juga dalam ilmu agama yang mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi umat Islam lain.

"Menjadi matlamat universiti untuk melahirkan graduan yang mempunyai kriteria imam kepada umat Islam lain " katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Terdahulu, Zulkifli menyampaikan Sijil Hafazan al-Quran kepada 61 pelajar pada Majlis Konvokesyen Hafazan Al-Quran UPNM di Kem Sungai Besi di sini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din dan Pengarah Pusat Islam UPNM Mejar Daud Mohamed Salleh.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata pihak universiti berharap lebih ramai pelajar akan mengikuti program hafazan ini.

"Melalui program ini, dalam masa sebulan setengah sahaja pelajar mampu menghafal tujuh surah selain satu juzuk al-Quran dan kami mengharapkan lebih ramai pelajar yang akan mengikuti program ini," katanya.

Program hafazan UPNM melibatkan pelajar asasi pertahanan dan diadakan tiga kali seminggu dengan mendapat kerjasama guru daripada Maahad Tahfiz Sulaimaniyah.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: UPNM , al-Quran

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan