TPPA Perjanjian Seimbang, Ambil Kira Setiap Manfaat - Obama

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 8:14 PM

Obama ketika menjawab soalan yang dikemukakan pada sesi Townhall bersama alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara Asia (YSEALI) di Kampus Taylor's University Lakeside, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA), yang kini dalam proses untuk diluluskan oleh setiap 12 negara peserta, merupakan perjanjian yang seimbang, yang mengambil kira manfaat setiap orang, kata Presiden Amerika Syarikat (US) Barack Obama.

Menjawab kebimbangan beberapa pihak mengenai TPPA, beliau berkata dokumen persetujuan itu sudah dimuat naik dalam laman web, dan setiap orang memperoleh akses untuk membaca setiap bab sebelum ia disahkan, tertakluk kepada penerimaan atau ditolak oleh setiap parlimen negara yang terlibat.

"Perkara yang saya katanya ialah secara umumnya, dalam persekitaran baharu global, perubahan berlaku setiap masa dan sudah menjadi prinsip dan nilai saya bahawa kami akan memastikan perubahan itu baik untuk rakyat biasa.

"(Selain itu), ia baik untuk peladang, penuntut yang masih muda, baik untuk wanita, baik untuk negara membangun, dan saya tidak percaya bahawa kita perlu berhenti untuk berubah," katanya menjawap soalan yang dikemukakan pada sesi Townhall bersama alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara Asia (YSEALI) di Kampus Taylor's University Lakeside, di sini Jumaat.

Obama yang tiba di Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-27 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di sini, juga berkata bahawa dalam setiap rundingan dagangan, ada perkara yang perlu dilepaskan oleh setiap negara bagi menjayakan perjanjian perdagangan.

"Sebagai contoh, kita perlu membuka beberapa pasaran kepada barangan yang sebelum ini tertakluk kepada tarif, dan ada pihak dalam negara kita tidak sukakannya (namun), secara keseluruhannya, ia baik dan ia mungkin sangat bermakna kepada Malaysia, dan seterusnya, kita dapat menjual sesuatu kepada Malaysia, dan seseorang di Malaysia tidak sukakannya. Inilah bentuk rundingan dalam perjanjian perdagangan," katanya.

Selain itu, ekonomi pasaran sebagai contoh, beliau berkata sudah terbukti bahawa ekonomi pasaran merupakan penjana terbaik kekayaan dunia, namun ia memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan saingan yang sihat, dan perniagaan kecil tidak terpinggir akibat monopoli, manakala ada kumpulan pekerja yang mendapat perlindungan asas.

"Inilah bentuk kesimbangan yang terkandung dalam TPPA (yang) juga membuktikan dasar saya di US dan di peringkat antarabangsa," kata Obama.

Menyentuh mengenai industri farmaseutikal, beliau berkata terdapat beberapa perlindungan yang diberikan ke atas ubat generik, terutama untuk rakyat berpendapatan rendah, termasuk pemansuhan tarif bagi sebahagiannya, seperti  penisilin dan ubat asas yang sudah berada dalam pasaran untuk tempoh masa yang panjang.

"(Dan) kami percaya sepenuhnya bahawa kos ubat-ubatan sudah menurun di kebanyakan negara yang kini mengenakan banyak halangan ke atas ubat-ubatan terbabit.

"(Kini) banyak syarikat ubat-ubatan US memarahi saya kerana 'mereka berkata mengapa kami tidak mendapat sebarang pelindungan'. Saya menyatakan bahawa ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk mempromosi syarikat ubat-ubatan US, dan menjadi tanggungjawab saya juga untuk menjadi rakan yang baik kepada negara yang ada kalangan penduduknya yang sakit, dan memastikan mereka memperoleh akses kepada ubat-ubatan" kata Presiden US itu.

Malaysia dan 11 negara lain Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, US dan Vietnam, berjaya memuktamadkan rundingan TPP pada 5 Okt, 2015.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, kandungan TPPA dan dua kajian impak akan dibentangkan di Parlimen pada Januari.

Ini diikuti perbahasan di parlimen bagi memutuskan sama ada TPPA diterima pada akhir Januari 2016, manakala ratifikasi perjanjian dijangka direalisasikan selepas dua tahun pemeteraiannya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan