Tindakan Nurul Izzah Diluar Bidang Kuasa Parlimen - PKR

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 3:35 PM

Nurul Izzah Anwar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Nurul Izzah Anwar bergambar dengan anak perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, tidak boleh dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kata Penasihat Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya.

Latheefa merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang mahu Nurul Izzah dirujuk kepada jawatankuasa tersebut kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel.

"Ia tiada kaitan dengan prosedur Dewan Rakyat. Sebarang aduan mestilah berkaitan dengan tingkah laku Ahli Parlimen itu sebagai anggota Dewan Rakyat. Ini adalah asas," katnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Latheefa berkata Nurul Izzah sudah menjelaskan bahawa pertemuan itu diaturkan penganjur majlis tersebut di Filipina.

Majlis itu turut dihadiri Datuk Bandar Manila dan kakitangan pejabat Naib Presiden negara itu.

"Nurul Izzah tidak meminta atau mengatur sebarang pertemuan dengan Jacel," katanya.

Gambar Nurul Izzah bersama Jacel mencetuskan pelbagai kritikan dengan kebanyakan pihak mempertikaikan mengenai pertemuan tersebut.

Dalam salah satu gambar, Nurul Izzah dilihat sedang menikmati makan malam bersama Jacel dan seorang lelaki tidak dikenali.

Menerusi dua gambar lain, Nurul Izzah bergambar dengan Jacel sambil memegang poster yang tertera perkataan ‘Release Anwar Immediately’.

Nurul Izzah bagaimanapun mempertahankan pertemuan dengan Jacel dengan berkata ia diatur pihak berkuasa Filipina.

Katanya, beliau berlepas ke Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , Jacel Kiram

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan