Sistem Skin Dapat Kesan Individu Disenarai Hitam

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN)  yang bakal memodenkan perkhidmatan Jabatan Imigresen, akan dapat mengesan  kemasukan individu yang disenarai hitam pihak berkuasa antarabangsa.

Setiusaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata SKIN, yang akan beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan, akan turut meningkatkan tahap keberkesanan sistem penyampaian imigresen.

"Sistem yang cekap dan efisien sangat diperlukan dalam menangani isu keselamatan terutamanya urusan keluar dan masuk ke negara ini dan pengenalan SKIN membantu memastikan hal itu dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan selepas ini.

Sistem ini juga adalah untuk menyokong usaha kerajaan dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) dan perjanjian Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC) yang telah ditandatangani semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Penyerahan Surat Persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri kepada Syarikat Prestaring Berhad untuk pelaksanaan SKIN di sini, Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim menyampaikan surat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang Berhad Dr Abu Hassan Ismail.

Pada Khamis, Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian meningkatkan kerjasama dalam Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC).

Perjanjian PSCS merupakan satu daripada dua dokumen penting sebagai tambahan kepada Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No 6 (HSPD-6) yang merupakan prasyarat penting bagi penyertaan Malaysia ke dalam US VWP.

Alwi berkata SKIN akan dipasang di semua pejabat imigresen termasuk pejabat yang beroperasi di pintu-pintu masuk negara serta pejabat attache di luar negara.

"Sistem ini dilihat lebih cekap dan efisien dalam aspek penyampaian sekaligus diyakini dapat mempertingkatkan aspek pencegahan dn kawalan keselamatan mengikut peranan yang dimainkan jabatan itu," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Skin , Imigresen

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan