PDRM Tingkat Keselamatan Untuk Sidang Kemuncak Asean Di KL

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 1:10 AM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan tahap keselamatan sedia ada secara menyeluruh untuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan beberapa serangan pengganas di Perancis, Mesir, Lubnan dan Filipina.

"Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk dan keluar Malaysia telah ditingkatkan.

"Selain itu, seperti yang diumumkan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, anggota tentera turut serta dalam operasi bersama bagi memastikan tahap keselamatan maksimum ketika Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat laporan terhadap ancaman pengganas di Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan.

"Pihak keselamatan mengambil semua langkah berjaga-jaga dan tiada ruang untuk mengambil mudah. Tiada keutamaan lain selain keselamatan rakyat Malaysia dan tetamu kita," katanya.

Khalid berkata keganasan dan tindakan melampau tiada tempat di negara ini.

"Kami tidak akan berhenti memburu dan menangani sesiapa sahaja yang mahu menggugat keamanan dan kestabilan negara ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan