Obama Gesa Belia Di Rantau Ini Tolak Keganasan, Ekstremisme

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 10:08 PM

Obama ketika sesi town hall dengan golongan muda di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan insiden serangan maut di Paris, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Jumaat menggesa golongan belia di Asia Tenggara supaya menjadi contoh dengan secara bersama-sama menolak keganasan dan ekstremisme.

Dalam mendepani cabaran itu, katanya, golongan muda di rantau ini perlu mengadakan lebih banyak dialog antara agama ke arah memupuk toleransi dan menghormati perbezaan budaya.

"Banyak daripada kita berfikir tentang serangan di Paris dan mengenai visi teruk mereka yang melakukan serangan itu. Dan anda berbeza, dengan golongan muda yang hadir di sini, yang membina jalinan dan membantu antara satu sama lain.

"Jadilah contoh yang bukan sahaja menolak keganasan dan ekstremisme tetapi mengadakan dialog antara agama, menggalakkan toleransi dan menghargai kebudayaan dan visi di antara satu sama lain," katanya.

Obama, yang tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri mesyuarat berkaitan  ASEAN, berkata demikian pada sesi town hall dengan golongan muda di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, dekat sini.

Menurut Obama, mengadakan dialog antara agama dan menggalakkan toleransi merupakan antara nilai yang didukung YSEALI yang kini mempunyai lebih  55,000 anggota di seluruh rantau ini, dan terus bertambah, sejak ditubuhkan dua tahun lepas.

YSEALI menghubungkan pemimpin dari seluruh rantau dan menawarkan pelbagai sumber, peluang rangkaian dalam talian dan latihan profesional.

Selaras dengan aspirasi YSEALI, Malaysia dipuji oleh Obama bagi kerjasamanya  dengan United States Peace Corps dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan di Malaysia.

"Oleh kerana dengan semua cabaran dan ancaman yang dunia hadapi, saya berasa amat yakin bahawa orang muda seperti anda yang mempunyai minat dan azam dan komitmen akan dapat melakukan perubahan," katanya.
Tags / Kata Kunci: keganasan , ekstremisme , Barack Obama , YSEALI

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan