Nurul Izzah Gagal Beri Justifikasi Pertemuan Dengan Jacel - Azalina

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 10:49 PM

azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Nurul Izzah Anwar gagal menjustifikasikan pertemuannya dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu, Jacel H. Kiram Hasan dan memberi amaran supaya kedaulatan negara tidak digadai untuk motif politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, alasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai tidak munasabah.

“Tindakan tidak bertanggungjawab YB Lembah Pantai sama sekali tidak dapat diterima kerana ia melibatkan soal mengenai kedaulatan negara, lebih-lebih lagi apabila pihak yang ditemui terlibat dalam pencerobohan dan pembunuhan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.


Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Nurul Izzah yang mempertahankan pertemuannya dengan Jacel di mana bapanya bertanggungjawab menghantar 200 Tentera Sulu untuk menyerang Sabah pada tahun 2013.

“Adalah tidak munasabah untuk memperlekehkan sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa-mangsa pencerobohan Lahad Datu ataupun rakyat Sabah dengan alasan-alasan yang remeh.

"Apatah lagi bila masih wujud tuntutan daripada kononnya waris-waris Kesultanan Sulu," katanya.

Beliau juga berkata bahawa kenyataan oleh pihak pembangkang, yang menyamakan pertemuan Nurul Izzah dengan kejadian di mana Datuk Seri Najib Tun Razak telah terserempak dengan Perdana Menteri Israel di Perhimpunan Agung PBB hanya menunjukkan mereka telah ketandusan idea.

“Kenyataan sesetengah pihak untuk menyamakan pertemuan ini dengan insiden apabila YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita yang terserempak dengan Perdana Menteri Israel di Persidangan PBB, sekali lagi jelas menunjukkan ketandusan idea politik pembangkang sehingga sanggup melakukan apa sahaja dengan memberi gambaran salah mengenai kebenaran untuk menjustikasikan tindakan mereka.

“Apa lagi justifikasi atau alasan remeh yang akan diberikan oleh mereka untuk perjumpaan dengan jurucakap kumpulan penceroboh Lahad Datu?

“Adakah kedaulatan negara boleh digadaikan atau diketepikan untuk kepentingan peribadi? Adakah kedua-dua pihak menyokong agenda masing-masing?” soalnya.


Pada Khamis, gambar Nurul Izaah dan Jacel muncul di media sosial menyebabkan kegemparan di kalangan rakyat Malaysia dan ahli politik.

Nurul Izzah dilihat makan malam bersama Jacel dalam salah satu gambar dengan seorang lelaki tidak dikenali, manakala dalam dua gambar yang lain, dia dilihat bergambar dengan Jacel memegang poster “Release Anwar Immediately”.

Naib Presiden PKR itu berkata bahawa dia telah pergi ke Filipina pada 9 November untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu dan pertemuan dengan Jacel diatur oleh Manila.

"Saya ingin menegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan