Malaysia - Singapura Eratkan Lagi Hubungan Dua Hala

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 10:18 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Lee Hsien Loong bertukar cenderahati semasa perasmian festival Titian Budaya, Jumaat. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Malaysia dan Singapura telah melahirkan hasrat untik mengeratkan lagi hubungan dua hala berikutan kedua-dua negara itu berkongsi warisan dan sejarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji rakan sejawatannya Lee Hsien Loong kerana berkongsi matlamat dan bersama merealisasikan festival 'Titian Budaya' itu sempena menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala.

"Saya percaya program Titian Budaya ini memberi makna baharu kepada hubungan yang khusus berkait dengan sejarah lama yang dikongsi bersama.

"...Saya berpendapat kedua-dua negara ini telah mencapai tahap pertumbuhan dan pembangunan sehingga kepada tahap kita kini mampu menghargai perkara-perkara unik yang canggih dan kaya yang terdapat dalam kedua-dua masyarakat ini," katanya semasa merasmikan festival tersebut bersama Lee di sini Jumaat.

Najib berkata kedua-dua negara bukan sahaja berkongsi sejarah dan warisan malah rakyat masing-masing mempunyai keluarga yang tinggal di kedua-dua negara.

Dalam melahirkan penghargaan, Lee menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura sebagai kukuh dan berkata hubungan antara kedua-dua negara itu akan sentiasa akrab.

"Hubungan antara Malaysia dan Singapura diibaratkan seperti pepatah Melayu 'Bagaikan aur dengan tebing'," katanya.

Lee, yang berada di ibu negara bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Berkaitan hujung minggu ini, berkata banyak projek pembangunan telah dilaksanakan oleh kedua-dua negara dan ada projek dalam perancangan seperti projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Festival selama tiga bulan itu dihoskan bersama oleh kedua-dua negara dengan menampilkan program kebudayaan melibatkan 400 artis Singapura dan Malaysia serta profesional yang kreatif.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan