Najib Pilih Lagu Popular P.Ramlee Bagi Majlis Makan Malam ASEAN

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 3:01 PM

Kompilasi lagu popular P.Ramlee menjadi pilihan Najib untuk meraikan pemimpin dan perwakilan ASEAN pada majlis makan malam, Sabtu ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kompilasi lagu popular P.Ramlee, Getaran Jiwa, Kwek Mambo dan Menceceh Bujang Lapok, dipilih secara peribadi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi Majlis Makan Malam Gala untuk meraikan pemimpin dan perwakilan ASEAN di ibu negara Malaysia, Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata Perdana Menteri amat mengagumi legenda Malaysia itu kerana Allahyarham P.Ramlee dianggap sebagai ikon perpaduan, yang lagu-lagu gubahannya santai untuk didengar dengan muzik yang mengasyikkan.

"Perdana Menteri kita turut memberikan 'sentuhan peribadi' terhadap persembahan-persembahan untuk menjadikannya istimewa," katanya kepada Bernama tentang persembahan pada Majlis Makan Malam itu.

Beliau berkata Najib, yang akan menghoskan Majlis Makan Malam itu bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, mahukan persembahan yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan 10 negara anggota ASEAN.

Sama seperti pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur pada April, Norliza berkata Najib telah meminta supaya setiap persembahan mempunyai jalan cerita yang bukan sahaja menggambarkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi  2015, tetapi juga memaparkan perkumpulan serantau itu sebagai satu komuniti.

Beliau berkata persembahan selama dua jam pada majlis makan malam itu akan membabitkan lima segmen iaitu daripada era P. Ramlee, kepada lagu dan tarian pelbagai kumpulan etnik di dalam negara, persembahan oleh negara anggota ASEAN dan segmen khas mengenai rakan dialognya menerusi kebudayaan dan muzik masing-masing.

"Sebagai hos, Perdana Menteri pastinya mahu tetamu beliau khususnya rakan sejawatannya berasa amat dialu-alukan dengan mendengar dan menyaksikan persembahan yang memaparkan keunikan setiap negara," katanya.

Sebuah lagu patriotik bertajuk 'Tanah Pusaka' dan lagu 'Standing In The Eyes Of The World' akan dimainkan pada sesi pembukaan majlis makan malam itu untuk memaparkan Malaysia sebagai satu daripada negara paling dihormati di dunia.

Semasa menikmati hidangan enak disediakan pasukan kulinari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan 'ala  broadway' yang dibarisi nama-nama besar dalam industri itu seperti Sean Ghazi dan Stephen Rahman Hughes.

Pemimpin dan perwakilan kemudiannya berpeluang menonton persembahan kumpulan kanak-kanak Permata Seni yang berbakat menerusi persembahan lagu popular 'Heal The World'.

Bagi acara kemuncak, katanya lagu tema ASEAN bertajuk 'One' akan dinyanyikan.

Menerusi kumpulan persembahan yang dibarisi 429 peserta terlatih termasuk ahli muzik, artis dan penari, Norliza optimis majlis malan malam itu bakal memberikan kenangan indah kepada setiap orang.

Mengenai aspek teknikal, beliau berkata pentas hidraulik khas setinggi tiga kaki telah dipasang di dewan makan untuk memastikan setiap orang dapat melihat Najib dengan jelas apabila beliau menyampaikan ucapannya.

Selain itu, pentas turut menggunakan tema Wau Bulan (layang-layang tradisional Malaysia) bagi mencerminkan kebudayaan dan warisan negara, skrin LED pada dinding dan visual mengenai 10 negara ASEAN juga akan dipaparkan bagi menyerikan lagi suasana, katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , P.Ramlee , ASEAN

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan