Kedudukan Salleh Man Ditentukan Selepas Terima Surat PAS Pusat - Speaker

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 9:16 PM

Datuk Mohd Salleh Man

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kedudukan wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diputuskan selepas menerima surat rasmi daripada PAS pusat, kata Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum menerima pengesahan secara rasmi daripada PAS berhubung perkara itu.

"Saya perlu tunggu surat ataupun dokumen secara rasmi untuk saya menjalankan tugas seterusnya. Selagi tak terima saya tidak akan ambil apa-apa tindakan.

"Kalau surat rasmi sampai di pejabat, maka seterusnya saya akan uruskan seperti apa yang termaktub dalam peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di bangunan DUN di sini, Jumaat.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli JKKK dari kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan sidang DUN tergempar selepas menerima surat rasmi daripada PAS, Law berkata perkara itu tidak perlu kerana ia tidak melibatkan panggilan sidang DUN sebaliknya hanya susunan tempat duduk di dalam DUN.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan