Jakim Penting Untuk Hadapi Ancaman Gugat Kedudukan Islam Dalam Negara

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 10:52 AM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

(Ubah saiz teks)

TRONOH: Kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyelaras hal ehwal Islam adalah penting dalam menghadapi pelbagai ancaman yang menggugat kedudukan agama itu di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Jakim, yang ditubuh dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, adalah agensi berperanan dalam perancangan, pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan umat di Malaysia.

"Apabila kita lihat 14 negeri dengan sembilan Sultan di negara kita, sudah tentu ada pelbagai pendekatan keagamaan, Islam dan sebagainya. Sebab itulah hasrat Majlis Raja-Raja adalah mesti wujud satu agensi yang menyelaras.

"...terutama dalam konteks kita berhadapan pelbagai cabaran yang berbentuk ancaman, ekstremisme sama ada radikalisme ataupun golongan yang memperlonggar agama seperti liberalisme, pluralisme, LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan sebagainya," katanya.

Beliau mengulas artikel sebuah portal yang memetik kenyataan anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Ismail, yang mahu Jakim dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Ibnu 'Auf Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 1437H/2015M di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini malam Khamis.

Turut hadir Naib Canselor UTP Datuk Abdul Rahim Hashim dan Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Karnival berkenaan, yang berlangsung tiga hari bermula 19 November, dianjur Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) dalam usaha menyatukan syarikat korporat yang menganggotai SDK Jakim bagi melaksanakan gerak kerja dakwah.

Antara syarikat korporat yang terlibat ialah Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Lembaga Tabung Haji (TH), Maybank Islamic Berhad, UTP, Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah).

Karnival itu diadakan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 membabitkan 22 peserta yang memperdengarkan bacaan masing-masing pada Khamis.

Johan bagi kategori Qari dan Qariah bakal menerima wang tunai bernilai RM5,000 beserta pakej umrah tajaan TH dan sijil penghargaan manakala Naib Johan menerima wang tunai bernilai RM4,000 beserta sijil penghargaan.

Pelbagai program turut diadakan iaitu Seminar Warisan Ibnu 'Auf, Galeri Islam dari Muzium Kesenian Islam dan Pameran Petrosains. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jakim , Dr Asyraf Wajdi Dusuki

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan