Orang Ramai Serbu Ikea Cheras

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ribuan orang ramai menyerbu pembukaan cawangan terbaru Ikea Malaysia di Jalan Cochrane di Cheras pada Khamis.

Pelanggan dilihat tiba di Ikea Cheras seawal pukul 5 pagi untuk memastikan mereka memperoleh barangan promosi dan diskaun terhebat sempena pembukaan gudang itu.

Menurut Pengarah Peruncitan Ikea Malaysia dan Singapura Mike King, seorang pelanggan mula beratur pada pukul 11.30 malam sebelum hari pembukaan untuk jadi antara pengunjung pertama di situ.

Duta Sweden ke Malaysia Bengt G Carlsson merasmikan pembukaan tersebut dengan memotong kayu balak sebagai upacara untuk  pembukaan cawangan itu.

Ikea Cheras adalah cawangan yang terbesar dalam negara dengan keluasan 42,000 meter persegi ruang membeli-belah, 56 ruang pameran dan 8,500 barangan untuk kediaman.

Restoran di situ mempunyai sebanyak 780 tempat duduk manakala terdapat 1,762 tempat letak kereta.

Ikea Cheras mengambil masa hanya lima minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur dan akan menghubungkan stesen MRT Cochrane yang dijadualkan siap pada 2017.

Tags / Kata Kunci: Ikea , Cheras

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan