Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 9:19 PM

musa aman

Datuk Seri Musa Aman

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah pada Jumaat mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua anggota perkhidmatan awam negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mengumumkan bantuan itu ketika membentangkan Bajet negeri 2016 berkata, bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat secara serentak dengan bayaran gaji bulan Januari tahun depan.

"Pemberian bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8.16 juta," katanya ketika membentang Bajet yang bertemakan Belanjawan Berhemat; Berjiwa Rakyat, sempena pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata pemberian bantuan khas itu adalah untuk menghargai komitmen dan sumbangan penjawat awam negeri yang menunjukkan kegigihan dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Musa turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju memberikan kenaikan satu tangga gaji mengikut gred kepada semua kakitangan awam negeri mulai Julai 2016; selain menerima pakai pelaksanaan penetapan gaji terendah bagi penjawat awam kepada RM1,200 sebulan.

"Kedua-dua langkah ini akan melibatkan komitmen kewangan masing-masing bernilai RM21.52 juta dan RM1.88 juta," katanya.

Di samping itu, Musa berkata kerajaan negeri juga telah mengemas kini pelaksanaan pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam negeri.

"Semakan semula ini melibatkan komitmen kewangan sebanyak RM19.75 juta setahun kepada seramai 14,080 kakitangan Gred 42 ke bawah," katanya, dan menambah pengemaskinian ITP ini berkuat kuasa pada 1 November 2015.

Kali terakhir kadar ITP disemak dan diperbaharui ialah pada tahun 2008, katanya.
Tags / Kata Kunci: bantuan khas , Datuk Seri Musa Aman

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan