Zambry Mahu Saman Adun Aulong Dakwanya Terima 'Derma' Pemaju Tanah

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 6:53 PM

Zambry Abdul Kadir

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan memulakan tindakan perundangan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Leow Thye Yih, yang mendakwanya menerima 'derma' daripada pemaju tanah di kawasan berkenaan.

Beliau membuat keputusan itu selepas melihat rakaman visual sidang media Thye Yih berhubung perkara itu pada Khamis, yang menyaksikan Adun terbabit mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri Perak.

"Saya memandang serius perkara ini sebab itu satu tuduhan yang keterlaluan walaupun dia menyatakan bukan dia kata. Dia kata orang kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

"...dalam ucapannya, dia minta saya mengambil tindakan...untuk membuat satu kesimpulan bahawa kalau saya mengambil tindakan bermakna saya tak terima duit itu, kalau saya tak ambil tindakan bermakna saya telah terima duit itu.

"Bagi saya, dia menuduh saya menerima duit daripada pemaju perumahan untuk projek itu...ini adalah tuduhan yang amat serius. Saya akan saman dia," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Terdahulu, Thye Yih dalam sidang medianya berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan menunjukkan hansard yang mengandungi dakwaan berkenaan kepada media.

Berdasarkan hansard itu, Leow berkata: "Penduduk telah banyak kali meminta Menteri Besar Perak untuk campur tangan dalam isu ini tetapi permintaan itu tidak dilayan.

"Memandangkan hal demikian, penduduk-penduduk rasa beliau mungkin telah menerima banyak derma daripada pemaju...ini bukan dari mulut saya. Saya selaku Adun Aulong hanya membawa apa yang dinyatakan oleh penduduk-penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Zambry turut memperjelas isu membeli ruangan dalam akhbar atau media dalam talian oleh kerajaan negeri sepanjang persidangan DUN kali ini.

Menurutnya ia amalan biasa untuk menyalurkan maklumat daripada kerajaan negeri Perak berhubung sesuatu program, perayaan dan dalam kes ini, ia adalah mengenai Bajet 2016.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan