Telur Penyu Dihidang, Tak Semestinya Saya Makan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 8:47 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mempertahankan dirinya berhubung isu telur penyu.

Menyamakan keadaan apabila penganut agama Hindu dihidangkan daging lembu pada hari raya, Ismail Sabri menggesa orang ramai supaya tidak menganggap beliau telah makan telur penyu di majlis makan malam dengan Ketua Umno Beluran Datuk James Ratib.

"Ada penganut agama Hindu yang turut menghadiri kenduri dan di atas meja, ada hidangan daging lembu, sama ada rendang atau gulai kawah.

"Hanya kerana ada daging lembu, kita tidak boleh menganggap penganut agama Hindu yang pergi kenduri akan makan daging lembu.

"Orang Hindu di Malaysia tidak akan makan daging lembu kerana ia bertentangan dengan kepercayaan agama mereka.

"Oleh itu,  jangan anggap hanya kerana ia dihidangkan di atas meja, seseorang itu akan memakannya, itu tidak boleh diterima," katanya sebelum memulakan ucapan penggulungan kementeriannya bagi Bajet 2016 di Parlimen, Khamis.

Baru-baru ini muncul gambar baharu kononnya Ismail Sabri telah makan telur penyu dalam satu majlis di Sandakan pada 29 Ogos.

Awal bulan ini, gambar sepinggan telur penyu yang belum dimakan di atas meja pada majlis itu tersebar di media sosial.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, pada masa itu menafikan memakan telur itu, sambil menambah beliau hanya makan ikan yang dihidangkan kerana dia perlu mengawal tahap kolesterol.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan