Haramkan Kemasukan Nurul Izzah Ke Sabah - SAPP - Berita Semasa | mStar

Haramkan Kemasukan Nurul Izzah Ke Sabah - SAPP

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin meminta kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri ini berikutan tersebarnya gambar beliau bersama Jacel H.Karim, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

"Kerajaan Sabah patut haramkan Nurul Izzah masuk Sabah kerana bertemu dan meminta sokongan Jacel Kiram yang menjadi jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan Tanduo Lahad Datu," katanya dalam akaun Facebook beliau malam Khamis.

Entri itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Tj Tasatra yang menganggap tindakan Nurul Izzah bergambar dengan Jacel telah melukakan hati rakyat Sabah.

"Nurul Izzah melukakan hati rakyat Sabah yang berdepan dengan askar Jamalul Kiram dalam serangan Tanduo. Haramkan Nurul Izzah dari menjejakkan kaki ke Sabah," katanya.

Mohd Norazman Injah pula berkata sekiranya benar Izzah berhubung dengan Jacel, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada parti itu.

"Jika Nurul Izzah berhubungan dgn puteri Kiram, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada menyokong PKR...rakyat Sabah juga harus berfikir dan jangan harap orang Sabah menyokong mereka," katanya dalam komen itu.

Gambar mengenai pertemuan Nurul Izzah dan Jacel di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas.

Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengakui bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama-sama dengan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.
Tags / Kata Kunci: Jacel Kiram , SAPP , Nurul Izzah , Japiril Suhaimin
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan