Pelajar Cemerlang UPSR Mahu Beri Kehidupan Lebih Baik Kepada Ibu

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 1:27 PM

Kirthana bersama ibunya.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Walaupun baharu sahaja berusia 12 tahun, Kirthana Logarajah seolah-olah sudah mengerti tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memberi kehidupan lebih baik kepada ibunya yang juga seorang ibu tunggal.

"Saya perlu mencatatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai kerjaya yang bagus untuk memberikan semua yang tidak dimiliki ibu saya pada ketika ini," kata Kirthanan yang memperoleh 7A pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kirthana yang bersekolah di SJK (T) Simpang Lima di sini bercita-cita menjadi saintis dan membuat penemuan baharu terhadap manusia.

"Selain melakukan apa yang saya gemari, saya mahu mencari wang secukupnya untuk membeli sebuah rumah dan juga kereta kepada ibu saya," kata Kirthana yang menggemari subjek Matematik dan Sains.

Kirthana berkata dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang itu menerusi bantuan guru-guru sekolah dan bekas guru tadikanya.

"Guru sekolah saya memberikan kes tuisyen percuma pada hujung minggu dan guru tadika saya mengadakan kelas tuisyen tiga kali seminggu yang dibayar oleh ibu," katanya.

Kirthana turut menghadiri kelas tuisyen di sekolah pada sebelah petang setiap Isnin hingga Khamis dengan bayaran sebanyak RM45 sebulan.

Ibunya, Agila Arumugam, 39, seorang penyelaras jualan dengan sebuah syarikat perkapalan terpaksa membesarkan Kirthanan dan dua anak lelakinya, Kieran, 14 dan Sindhu, 6, sendirian selepas bercerai dengan suaminya lima tahun lalu.

"Ia sangat sukar tetapi saya berusaha kerana mahu anak-anak saya berjaya dalam kehidupan mereka," kata Agila.

Kirthana dan Kieran perlu bergilir-gilir menghadiri kelas tuisyen kerana masalah kewangan.

"Kirthana menghadiri kelas tuisyen pada tahun ini manakala Kieran terpaksa menghentikan kelasnya.

"Kieran akan kembali menghadiri kelas tuisyen pada tahun depan kerana dia akan menduduki peperiksaan PT3 dan Kirthana tidak akan mempunyai sebarang kelas tuisyen," kata Agila yang tinggal di sebuah rumah sewa bersama tiga anaknya itu di Bandar Bukit Tinggi di sini.




Tags / Kata Kunci: UPSR , 7A , Kirthana Logarajah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan