Nurul Izzah Pertahan Pertemuan Dengan Jacel Kiram

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertahankan pertemuannya bersama Jacel Kiram dengan menegaskan ia diatur oleh pihak berkuasa Filipina.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau berlepas ke Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.

"Dalam mesyuarat itu saya menekankan sokongan kami terhadap inisiatif kerajaan Malaysia dalam mengadakan rundingan damai di selatan Filipina.

"Saya ingin menegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, individu yang ditemuinya adalah pemegang kepentingan yang sah dan pemimpin masyarakat sivil.

Mereka termasuk bekas Gabenor Batangas Hermilando Mandanas, Ahli Kongres Regina Reyes dan Silverstre Bello, Dekan Undang-Undang Amading Valdez, bekas ahli Kabinet Romy Nery, bekas Setiausaha Keadilan Wencie Andanar dan kakitangan Naib Presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

Beliau berkata senarai itu diputuskan majlis mengenai hal ehwal Filipina dan Institusi Demokrasi Asia, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Gambar Nurul bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu, Jacel H.Kiram Hasan tersebar di laman media sosial.

Pelbagai persoalan timbul mengapa Nurul bertemu Jacel yang juga anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

 

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , Jacel Kiram

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan