Gambar Dengan Jacel: Kerajaan Pertimbang Rujuk Nurul Izzah Ke Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:26 PM

Datuk Seri Azalina Othman Said

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.


Beliau berkata ini berikutan gambar Nurul Izzah bersama anak perempuan Jamalul Kiram III, Jacel H. Kiram Hasan, yang tersebar di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis mempersoalkan motif pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.

"Bagi saya, pertemuan itu seolah-olah jemputan asing (anasir) untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita.

"Beliau juga telah melanggar sumpah sebagai ahli Parlimen untuk taat setia kepada negara.

"Oleh itu, kerajaan sedang mengkaji tindakan terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai sama ada beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata Azalina.

Beliau melabelkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel sebagai 'mengecewakan', sambil menambah ia menunjukkan beliau gagal memahami sentimen rakyat Sabah ke atas pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus tahu tanggungjawabnya terutama yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini, yang tidak boleh dikompromi," kata Azalina.

Pada Khamis, media sosial gempar selepas gambar Nurul Izzah dan Jacel tersebar.

Dalam satu gambar, Nurul dilihat makan malam bersama Jacel dan seorang lelaki tidak dikenali manakala dalam dua lagi gambar yang lain, Nurul bergambar bersama Jacel memegang poster “Release Anwar Immediately”.

Nurul Izzah mempertahankan pertemuannya dengan Jacel, mengatakan bahawa ia telah diatur oleh pihak berkuasa Filipina.

Naib Presiden PKR berkata, dia telah pergi ke Filipina pada 9 November bersama Ahli Parlimen Batu Tian Chua, sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.

"Dalam pertemuan itu, saya menekankan sokongan kami terhadap inisiatif kerajaan Malaysia dalam rundingan damai di selatan Filipina.

"Saya ingin menegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan di Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Nurul Izzah, dia telah bertemu dengan pemegang kepentingan dan pemimpin masyarakat sivil yang sah.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan