Kerajaan Johor Peruntuk RM430 Juta Tingkat Perkhidmatan Bekalan Air

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 5:55 PM

Mohamed Khaled (berdiri,kanan) ketika membentangkan Bajet Johor 2016 pada Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ismail,Kota Iskandar Nusajaya pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM430 juta bagi tujuan melaksanakan beberapa projek untuk meningkatkan prasarana bekalan air yang akan dikendalikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad.

"Antara projek tersebut ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Buluh Kasap dekat Segamat, Pagoh dekat Muar dan Kahang dekat Kluang serta penggantian paip air lama di sekitar negeri ini.

Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) pula akan diberikan peruntukan untuk merancang sistem bekalan air lebih sempurna dengan menjalankan kajian bekalan air yang mapan yang menjurus kepada kaedah pengawal bekalan serta pelaksanaan zon penampan di kawasan tadahan air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2016 di Dewan Undangan Negeri, di sini, Khamis.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri dalam pada itu juga akan memperluaskan program Air Percuma melalui Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJH) yang menyasarkan 5,000 penduduk dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

"Program Air Percuma dimulakan sejak dua tahun lalu dengan membabitkan penerima daripada kumpulan e-Kasih. Program tersebut akan diperluaskan kepada penerima daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli berbanding hanya penerima di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, setiap penerima melalui program itu akan menikmati bekalan air percuma sebanyak 25 meter padu.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM600 juta menerusi bajet kali ini bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membina 150 kilometer rangkaian jalan kampung baharu dan menaik taraf jalan kampung yang sempit sepanjang 70 kilometer.

"Tujuh puluh peratus daripada tumpuan projek akan melibatkan kawasan seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan Ledang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Mohamed Khaled Nordin , Johor , LRA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan