Gambar Nurul Izzah Bersama Anak Perempuan Kiram Cetus Kegemparan - Berita Semasa | mStar

Gambar Nurul Izzah Bersama Anak Perempuan Kiram Cetus Kegemparan

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:21 PM

Nurul Izzah bersama Jacel Kiram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu menggemparkan pengguna laman media sosial.

Ramai yang mempersoalkan tindakan Nurul bertemu Jacel Kiram, anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

Dalam salah sekeping gambar, Nurul dilihat sedang makan malam bersama dengan Jacel dan seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam dua keping gambar lain turut menunjukkan Nurul bergambar bersama Jacel sambil memegang poster "Release Anwar Immediately".

Gambar tersebut dipercayai diambil bulan ini.

Pengguna Facebook, Lim Sian See bertanya apa yang sedang dibincangkan Nurul bersama Jacel dan seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang makan malam.

Dalam laman Facebook Jacel, wanita itu menggunakan gambar profil dengan kapsyen "You are a Filipino, Sabah is ours!."

Netizen yang berkongsi gambar tersebut turut mempertikaikan tindakan Nurul bertemu dengan Jacel dan bertanya "apa yang sedang beliau lakukan bersama individu di sebalik pencerobohan Lahad Datu".

Seorang lagi pengguna Facebook, Justin 'The" Tun menggesa Nurul untuk menjelaskan pertemuan tersebut.

"Adakah wanita itu Jacel Kiram? Tolong beritahu saya individu itu bukan beliau," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , Jacel Kiram
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan