DUN Johor Rakam Takziah Kepada Keluarga Then

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:32 AM

Then dilaporkan dibunuh kumpulan militan Abu Sayyaf pada petang Selasa.

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Bernard Then Ted Fen yang dipercayai dibunuh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Ucapan berkenaan dizahirkan oleh Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz sebelum pembentangan Bajet Negeri Johor 2016 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kota Iskandar, di sini.

Mohamad turut meminta semua anggota DUN Johor bertafakur selama seminit bagi memperingati kematian Then.

Media asing melaporkan bahawa Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, dipenggal kepalanya kira-kira 4 petang, Selasa lepas, di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di pulau Jolo di wilayah Sulu, kira-kira 1,400km selatan Manila.

Then dan seorang wanita, Thien Nyuk Fun, 50, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan pada 7.45 malam 14 Mei lepas.

Bagaimanapun, pada 8 November, Thien, pengurus restoran itu, dibebaskan oleh penculiknya berikutan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dan penculiknya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bernand Then , Abu Sayyaf , kes culik , Sandakan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan