Malaysia Mahu Pastikan Kewujudan Asean Berpaksikan Rakyat - PM

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 11:19 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berusaha memastikan penubuhan ASEAN berpaksikan rakyat pada 2015 akan menyaksikan penglibatan langsung lebih banyak semua lapisan masyarakat dalam kegiatan-kegiatan ASEAN.

Perdana Menteri berkata dalam tempoh beberapa hari lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN serta pemimpin dunia dan kenamaan asing termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri China Li Keqiang, Perdana Menteri India Narendra Modi serta Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, sidang-sidang kemuncak berkaitan serta mesyuarat-mesyuarat strategik.

"Saya mengharapkan hasil positif daripada pelbagai mesyuarat dua hala dan serantau mengenai politik, keselamatan, alam sekitar dan ekonomi terutama Deklarasi Kuala Lumpur berhubung Penubuhan Komuniti ASEAN yang bersejarah," katanya dalam catatan terkini Facebook beliau, malam Khamis.

Najib juga berkata bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, beliau mengalu-alukan kedatangan tetamu dari seberang laut berkenaan.

"Marilah kita berikan mereka layanan mesra rakyat Malaysia serta pamerkan sejarah dan kebudayaan yang kita miliki," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan