mStar Online Dinobatkan Pingat Gangsa Laman Web Terbaik Asia 2015

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 5:29 PM

Rozaid (tengah), Niezam dan Michael Frederick (kiri) bersama trofi gangsa yang dimenangi mstar Online yang terpilih sebagai laman web terbaik Asia pada Anugerah Media Digital Asia 2015 di Hong Kong, Rabu.

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Portal berita mStar Online dipilih sebagai laman web terbaik Asia pada Anugerah Media Digital Asia 2015 yang berlangsung di Hotel The Mira di sini pada Rabu.

mStar Online yang baharu menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini memenangi pingat gangsa dalam kategori Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia 2015 bersama-sama poskod.my milik Popfolio Network yang menerima pingat perak juga dari Malaysia manakala wardrobetrendfashion.com milik HS Media Pte Ltd, Singapura meraih pingat emas.

Portal terbitan Kumpulan Media Star turut melakar sejarah menjadi laman web berbahasa Malaysia pertama dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2009.

Kemenangan itu membolehkan mStar menerima hadiah berbentuk trofi daripada World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).

Pengarang Eksekutif mStar, Rozaid Abdul Rahman menerima anugerah berprestij di Asia itu bagi pihak Kumpulan Media Star.

Turut hadir ialah Pengarang Hiburan, Niezam Abdullah dan Pengurus Projek Digital mStar, Michael Frederick.

Sebanyak 10 kategori anugerah disampaikan pada majlis berkenaan antaranya Laman Web Berita Terbaik, Laman Web Gaya Hidup Terbaik,  Kempen Pengiklanan Digital Terbaik, Pengguna Video Atas Talian Terbaik dan Data Visualiser Terbaik.

Rozaid (tengah) turut bergambar bersama-sama dengan kakitangan Kumpulan Media Star selepas menerima trofi kemenangan di Hong Kong pada Rabu.

Turut dipertandingkan ialah kategori Perkhidmatan Berita Mudah Alih Terbaik, Perkhidmatan Mudah Alih Gaya Hidup Terbaik, Penerbitan Tablet Terbaik, Produk Baharu Terbaik, Laman Web Penglibatan Pembaca Terbaik.

Rozaid berkata, kemenangan pada peringkat antarabangsa ini menunjukkan mStar berada di landasan yang betul sejak ia melalui proses penjenamaan semula tahun lalu.

"Pengiktirafan antarabangsa ini sangat bermakna kepada tenaga kerja mStar kerana kebetulan kami baru saja menyambut ulang tahun ke-10 Ogos lalu," katanya.

Selain WAN-Ifra, penganjuran anugerah ini turut disokong oleh penyedia enjin carian internet iaitu Google.

Seramai 22 juri yang terdiri daripada pakar-pakar bidang digital dari seluruh dunia diberi tanggungjawab menilai laman web yang dipertandingkan termasuklah dari Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Denmark, United Kingdom, Norway, Hong Kong, Australia, Croatia, Belarus, Sepanyol dan Brazil.

Manakala sebanyak 133 pencalonan telah dikemukakan oleh 34 buah syarikat media dari seluruh Asia bagi anugerah tahun ini.

Rozaid (berdiri, empat dari kanan) turut bergambar bersama pemenang-pemenang pelbagai kategori pada Anugerah Media Digital Asia 2015.

Antara kriteria yang dinilai bagi kategori Laman Web Gaya Hidup Terbaik ini ialah penekanan kepada faktor video dan visual, kelajuan melayari laman web berkenaan, reka bentuk inovatif, kandungan menarik dan mempunyai nilai tambah kepada pembaca dan pengiklan.

mStar Online diperkenalkan pada Ogos 2005 hasil inisiatif Ketua Pengarang Kumpulannya ketika itu Datuk Seri Wong Chun Wai.

Chun Wai kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Media Star.

Pada 17 April 2014, mStar telah melalui proses penjenamaan semula dengan memperkenalkan wajah baru yang lebih interaktif selain menekankan penerbitan video dalam usaha memperkukuhkan peranannya sebagai pembekal berita berbentuk teks dan visual.

mStar Online kini mencatat 3.5 juta pageview dan 671,000 pelayar unik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan