Hormati Privasi Keluarga Bernard Then - Fatimah

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 8:20 PM

Ibubapa dan isteri mangsa culik dan bunuh Bernard Then Ted Fen. (Gambar fail)

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah meminta semua pihak menghormati keluarga Bernard Then Ted Fen yang ketika ini melalui detik sukar selepas berita pembunuhan kejam tebusan Malaysia itu dilaporkan berlaku di Selatan Filipina pada Selasa.

"Pada masa ini ibubapa mangsa meminta diberikan privasi, saya rasa pada masa ini sebaik-baiknya kita hormati kemahuan mereka yang mahukan privasi tetapi jika diperlukan terutamanya kaunseling, kita bersedia, " kata beliau dalam satu sidang media khas di sini pada Rabu.

Terdahulu, Fatimah di dalam satu kenyataan bersama dengan gabungan wanita mewakili pelbagai kaum dan agama di Sarawak berkata berita itu sungguh dahsyat dan mereka mengutuk tindakan keganasan ke atas Then.

Menurut kenyataan itu tindakan ekstrem itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, ia juga bertentangan dengan mana-mana ajaran agama.

"Tiada agama yang menyokong tindakan keganasan itu, biarpun dilakukan atas nama agama.  Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, isteri, anak-anak, ibu bapa yang menghadapi ketika yang menyedihkan dan kami berdoa supaya mereka mendapat kekuatan dan ketabahan," kata kenyataan itu.  -Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan