11,400 Baucar BR1M Di Sabah, Sarawak Belum Ditunaikan

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih tergendala di kawasan luar bandar terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak apabila masih banyak baucar yang tidak ditunaikan oleh penerima.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata terdapat sebanyak 11,400 kes penerima masih membuat penunaian baucar BR1M mereka dan kementerian telah menangani perkara ini dengan membuat pembayaran secara ‘lump sum’ melalui Pejabat Daerah.

"Kementerian mengambil maklum terdapat beberapa kes terutama di kawasan pedalaman contohnya di Sabah dan Sarawak yang terdapat 11,400 kes baucar atau penunaianan belum dibuat oleh penerima.

"Apa yang kementerian buat sekarang, walaupun pembayaran dibuat tiga peringkat tapi untuk kawasan pedalaman, bila kita hantar baucar kita hantar ketiga-tiga baucar kepada mereka sekali gus, terpulang kepada mereka untuk tunaikan," katanya menjawab pertanyaan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) yang bertanya tentang masalah pembayaran BR1M Fasa II dan III yang tergendala dan langkah kerajaan untuk menanganinya.

Henry berkata ramai penerima BR1M terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu berulang-alik ke kawasan bandar untuk mendapatkan baucar BR1M tetapi mendapati baucar belum disediakan.

"Mereka ini datang dengan tambang yang tinggi iaitu di antara RM30 hingga RM80," katanya.

Mengulas lanjut Johari berkata kementerian sentiasa mengambil maklum masalah dan aduan penerima BR1M serta sentiasa memudahkan penerima di kawasan luar bandar dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk tambang dan masa.

"Jika terdapat penerima mengadu masalah belum terima BR1M, semakan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau hubungi talian hotline," katanya.

Tambahnya secara keseluruhannya pembayaran BR1M tidak mengalami masalah dan dibayar mengikut perancangan.

"Malah kementerian telah mempercepatkan pembayaran BR1M Fasa III yang sepatutnya dibayar pada 28 September kepada 21 September," katanya.

Tags / Kata Kunci: BR1M , Sabah , Sarawak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan