Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal - Berita Semasa | mStar

Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 10:51 PM

Gambar terakhir Then diambil ketika dalam tawanan di kepulauan Jolo.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Seorang pegawai kanan tentera Filipina mendakwa kepala tebusan warga Malaysia, Bernard Then dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf kerana tuntutan wang tebusan yang diminta tidak dipenuhi.

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Then.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang.

Arrojado memetik sumber perisikan tentera berkata, kepala Then dipenggal dan dikebumikan dengan segera.

Beberapa jam sebelum pemenggalan, tentera melancarkan serangan udara ke atas wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

Arrojado berkata beliau telah mengarahkan unit Scout Ranger dan Marin untuk melakukan operasi memburu kumpulan itu dan mencari mayat mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya pada malam Selasa memaklumkan polis masih belum dapat mengesahkan nasib Then buat masa ini.


Tags / Kata Kunci: Bernard Then , Sarawak , tebusan , Abu Sayyaf
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan