Polis Tak Dapat Tentukan Di Mana Individu Berkaitan 1MDB Berada

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 2:09 PM

Jho Low

Jho Low yang menjadi salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dalam kontroversi 1MDB.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak dapat menentukan di mana beberapa individu yang didakwa terlibat dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berada.

Individu-individu berkenaan adalah ahli perniagaan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, Casey Tang, Jasmine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Yusof Annuar Yaacob.

"Polis tidak boleh mengesan dan menentukan di mana individu-individu ini berada.

"Pada masa yang sama, tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak yang meminta bantuan Interpol untuk mengesan individu-individu ini," kata Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada Wong Chen (PKR-Kelana Jaya).

Dilaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menyiasat Tang dan Loo di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan cuba menentukan di mana mereka berada.

Tang adalah salah seorang pengasas Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya ditukar kepada 1MDB.

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan awal TIA bersama-sama dengan bekas Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi.

Loo dilaporkan telah menyertai 1MDB pada tahun 2011 untuk menggantikan Tang.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Jabatan Perundangan dan Pematuhan Utama Banking Group Bhd (UBG), syarikat yang pernah dimiliki ahli perniagaan Jho Low dan rakan-rakannya.

Beliau juga merupakan pengarah di Putrajaya Perdana Berhad, sebuah syarikat yang diambil alih UBG pada 2008.

Nik Faisal adalah Pengarah Urusan SRC International, sebuah syarikat yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau, pada satu masa, juga pernah menjadi ketua pegawai pelaburan di 1MDB.

Yusof Annuar sebelum ini adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Goldman Sachs Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan