Manila Berjaga-Jaga Sepenuhnya Ketika Pemimpin Dunia Tiba Untuk Mesyuarat APEC

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Filipina yang menjadi tuan rumah mesyuarat  Kerjasama Ekonomi Asia-Psifik (APEC) Ke-23, dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya bagi memastikan keselamatan delegasi pemimpin dunia yang tiba di ibu negara ini berikutan peningkatan ketegangan di seluruh dunia selepas serangan pengganas di Paris baru-baru ini.

Tentera negara ini menggerakkan semua pasukan udara, darat dan laut untuk mengawal mesyuarat dua hari bermula 18 November, lapor media tempatan.

Ia memetik jurucakap Tentera Udara Filipina (PAF), Kolonel Enrico Canaya sebagai berkata, semua aset udara akan berjaga-jaga sepenuhnya 24 jam dan ditempatkan di lokasi strategik untuk tindak balas yang pantas.

Tentera Filipina juga menempatkan kenderaan berperisai bagi mengawal lokasi yang akan dilawati delegasi APEC, lapor The Manila Times.

Delegasi juga dimaklumkan yang Manila juga akan menjadi kawasan larangan terbang mulai 16 hingga 20 November bagi memberi laluan kepada ketibaan dan perlepasan yang lancar serta selamat kepada pemimpin dunia terbabit.

Tindakan itu menyebabkan syarikat penerbangan komersil yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, yang menampung kira-kira 800 penerbangan sehari, tiada pilihan selain menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan mereka.

Menurut laporan, Philippine Airlines, Cebu Pacific dan AirAsia Philippines telah membatalkan sekurang-kurangnya 550 penerbangan domestik dan antarabangsa.

Malaysia Airlines juga telah menjadualkan semula sebahagian penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Manila dalam tempoh berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, menyertai antara lain Presiden Barack Obama, Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, Perdana Menteri New Zealand, John Key, Presiden Vietnam, Truong Tan Sang, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden China, Xi Jinping.

Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, kedua-duanya sebelum ini mengesahkan kehadiran mereka, telah memutuskan untuk tidak hadir berikutan isu domestik.

Walaupun Kemboja bukan anggota APEC, Presidennya, Juan Manuel Santos dijangka mewakili negaranya sebagai pemerhati.
APEC mengandungi 21 anggota, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taipei, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sebanyak 12 daripada 21 itu menjadi anggota kumpuloan perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik. Pemimpin negara terlibat akan bertemu di luar mesyuarat APEC, yang pertama sejak penyelesaian dan penerbitan teks TPP.

Mereka dijangka mengikrarkan komitmen masing-masing kepada TPP yang dipimpin AS, yang mewakili 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan jika digabung akan membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar pernah diwujudkan.

Anggota APEC yang tidak berada dalam TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Russia, Taiwan dan Thailand.

Sementara itu, mesyuarat APEC tahun ini, dengan tema 'Membina Ekonomi Yang Inklusif, Membina Dunia Yang Lebih Baik', bertujuan meningkatkan perdagangan dan pertumbuhan di Rim Pasifik serta memastikan manfaatnya dirasai secara meluas.

Bidang keutamaan yang menjadi fokus tahun ini termasuk meningkatkan integrasi ekonomi serantau, memupuk pembabitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam pasaran serantau dan global, melabur dalam pembangunan modal insan serta membuka komuniti mampan dan berdaya tahan.

Tags / Kata Kunci: Mesyuarat APEC , Enrico Canaya , pengganas

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan