Laluan Persimpangan Bertingkat LDP-TTDI Ditutup Tiga Malam Mulai Esok

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penutupan sementara persimpangan bertingkat Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)-Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membolehkan kerja pemasangan peralatan elektrik di tembok jejambat Mass Rapit Transit.

Dalam kenyataan pada Selasa, MMC Gamuda berkata laluan itu akan ditutup dari 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan ini termasuk kedua-dua pusingan U untuk membelok ke LDP dan pusingan U untuk kembali ke Jalan Damansara.

"Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur akan dihala ke TTDI melalui persimpangan bertingkat LDP dan pemandu kenderaan dari Kepong akan diarah melalui jejambat di TTDI dan membuat pusingan U di persimpangan LDP," kata kenyataan itu.

Sementara itu, penutupan selama dua bulan di persimpangan bertingkat TTDI dan sepanjang Jalan Damansara bermula Sabtu hingga 21 Januari tahun depan, antara 11 malam hingga 6 pagi setiap hari.

Penutupan ini bagi memudahkan jentera pembinaan untuk memasang kerja-kerja halangan dan kerja berkaitan untuk Stesen MRT TTDI.

"Penutupan ini membabitkan pusingan U di TTDI dan jalan masuk ke Jalan Damansara dari SS2 yang akan dilakukan sekejap-sekejap," kata kenyataan itu.

Pemandu kenderaan di Jalan Damansara yang mahu membuat pusingan U untuk masuk ke jalan TTDI harus membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Mohd Fuad dan melalui Jalan Datuk Sulaiman dan Jalan Leong Yew Koh.

Bagi pemandu kenderaan dari SS2 akan dilencongkan ke jejambat dan membuat pusingan U di persimpangan bertingkat Bandar Utama.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web MRT www.mymrt.com.my, Twitter dan laman Facebook atau hubungi talian Hotline 1-800-82-6868. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: LDP-TTDI , MMC Gamuda , tutup

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan