Kenderaan Tenggelam Dan Rosak Akibat Banjir Kilat Di JB

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Banjir kilat melanda jalan utama di pusat bandar raya di sini pada Isnin, sekali gus menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata hujan lebat luar biasa bermula 12 tengah hari sehingga 1.30 tengah hari menyebabkan air naik sehingga 1.5 meter dan sekurang-kurangnya 20 kereta dipercayai terperangkap dalam kejadian itu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Antara jalan yang dinaiki air Jalan Wong Ah Fook yang menjadi tumpuan orang ramai dan terletaknya pusat beli-belah Johor Baharu City Square dan Komtar JBCC.

"Beberapa jalan berdekatan menghala ke kedua-dua kompleks tersebut turut dinaiki air," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sulaiman berkata ekoran kejadian itu, para pengguna jalan raya dinasihati menggunakan laluan alternatif dan anggota trafik turut mengawal aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Sulaiman berkata laluan satu lorong di Jalan Wong Ah Fook dibuka semula kepada lalu lintas pada 2.15 petang selepas banjir beransur surut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Johor yang dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.40 tengah hari.

Menurut jurucakap itu, anggota JPAM kemudian bergerak ke 10 lokasi di  sekitar bandar raya bagi melakukan pemantauan termasuk Jalan Kolam Ayer, Jalan Wong Ah Fook dan beberapa jalan sekitar.

"Anggota JPAM Johor turut membantu seorang wanita berumur lingkungan 20-an keluar dari keretanya selepas panik akibat terperangkap dalam banjir di Jalan Wong Ah Fook," katanya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, Pegawai Bomba Kanan II  Khairul Azhar Aziz pula berkata pihaknya turut membantu mengeluarkan tiga mangsa yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Wong Ah Fook.

Katanya, anggota bomba turut meninjau beberapa tempat letak kereta bawah tanah antaranya di Komtar JBCC, Public Bank dan Merlin Tower bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.
Tags / Kata Kunci: banjir kilat , kereta rosak , Sulaiman Salleh

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan