Garis Panduan Elak Pelajar Timur Tengah Terlibat IS - MP

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 6:16 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen mencadangkan supaya kerajaan menyediakan garis panduan kepada golongan pelajar di Timur Tengah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas IS.

Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) juga menyarankan agar kerajaan menyekat kandungan maklumat terutama di media sosial yang boleh mempengaruhi rakyat Malaysia terutama golongan pelajar menyertai kumpulan militan.

"Perlu ada kebimbangan terhadap anak-anak yang terlibat secara langsung atau tidak terutama melalui pengaruh pasangan mahupun media sosial seperti Facebook," katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan hari ini terlalu memberi fokus terhadap pembelian peralatan canggih bagi menghadapi serangan pengganas sedangkan ancaman sebenar adalah berpunca daripada persepsi keganasan yang dibawa oleh kumpulan itu.

"Apa yang penting adalah menangani persepsi keganasan yang lebih dahsyat dalam mencetuskan tindakan terutamanya seperti pengeboman yang berlaku di Perancis baru-baru ini," katanya.

Justeru beliau berkata adalah lebih wajar kerajaan mengambil langkah awal dalam menangani keganasan.

Sementara itu, Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) membangkitkan isu pakar-pakar yang dihasilkan melalui program Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dalam pelbagai bidang yang enggan pulang ke negara selepas menamatkan pengajian mereka.

"Saya harap pihak berkenaan buat satu penyelidikan apakah faktor yang menyebabkan "talent" kita di luar negara enggan pulang ke Malaysia, adakah mungkin keranan "benefit" yang tidak mencukupi," katanya.

Beliau kemudian meminta TalentCorp menyatakan apakah usaha yang diambil oleh agensi itu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan yang dilahirkan dari dalam dan luar negara.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyentuh isu pengamal media yang membuat liputan sidang Dewan Rakyat.

Beliau mahu tindakan menyekat bilang mereka dikaji semula.

"Saya setuju konsep menghadkan (bilangan anggota media) itu supaya tidak terlalu ramai tapi bukannya tiga orang, lebihkan sehingga lima atau enam orang," katanya.

Beliau juga meminta pihak Parlimen mengkaji semula penempatan pegawai kementerian di tingkat satu bangunan Dewan Rakyat bagi membolehkan media menggunakan keseluruhan kawasan lobi.

Ini kerana pada masa ini, pengamal media hanya diletakkan di kawasan sayap kanan lobi, manakala pegawai kerajaan pula ditempatkan di bahagin sayap kiri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: garis panduan , timur tengah , IS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan