China Hargai Pendekatan 'Diplomasi Senyap' Malaysia Tangani Isu Laut China Selatan

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 11:23 PM

Najib bersalaman dengan Xi Jinping (kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sebuah hotel pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MANILA: China menghargai pendekatan 'Diplomasi Senyap' yang dilaksanakan Malaysia dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam perkataaan lain, mereka menyukai pendekatan bukan konfrontasi kita dengan menggunakan diplomasi sebagai saluran untuk menyelesaikan isu rumit," katanya selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi JinPing di sini, Selasa.

Presiden Xi juga berkata China dan Malaysia saling mempunyai kepercayaan mendalam dari segi politik dan "mengadakan hubungan kerja yang baik dengan saya.

"Sebarang perkara berbangkit berhubung Laut China Selatan disampaikan kepada China menerusi pelbagai mesyuarat, katanya selepas pertemuan 45 minit yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ke-23 di Manila.

Pertemuan itu diadakan atas permintaan China.

Ditanya tentang perkara berbangkit itu, beliau berkata: "Perkara itu adalah kita tidak sepatutnya membangkitkan ketegangan di kawasan itu, kita perlu memastikan supaya kawasan itu terus aman memandangkan keamanan dan kestabilan merupakan prasyarat bagi kemakmuran.

"Mengenai kehadiran kapal tentera laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan, Najib berkata: "Kita perlu menerima hakikat bahawa Amerika melihat dirinya sebagai kuasa pasifik dan akan terus berada di kedudukan itu."

"Dalam lain perkataan, hubungan antara Amerika Syarikat dan China dua kuasa besar di rantau ini - akan menjadi penentu utama sama ada Laut China Selatan dan wilayah lain di dunia akan terus kekal aman dan stabil.

"Najib percaya isu itu akan terus dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

"Ia akan dibincangkan. Kami telah pun membincangkannya sebelum ini. Jadi, ia bukan perkara baharu, sebaliknya lingkungan konteks isu itu," tegas beliau.

Najib sebelum ini berkata ASEAN perlu dipandu oleh prinsipnya dalam menyelesaikan pertikaian secara baik dan bersandarkan kepada undang-undang antarabangsa apabila berurusan dengan tuntutan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

Beliau berkata pihak yang terlibat dengan pertikaian itu tidak seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti yang dapat meningkatkan ketegangan.

"Terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh ASEAN sebagai sebuah kumpulan, bagaimanapun negara-negara perlu dipandu berdasarkan prinsip yang dinyatakan dengan jelas dalam menyelesaikan pertikaian secara baik dan menerusi perundingan, (mereka) mesti mematuhi undang-undang antarabangsa misalnya UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau dan Xi sependapat bahawa hubungan antara Malaysia serta China berada pada tahap yang paling tinggi dalam sejarah.

"Presiden Xi telah memberitahu yang Kerajaan China akan memberi keutamaan yang tinggi kepada hubungan dengan Malaysia, dan China akan terus memberi dukungan untuk perkasakan hubungan strategik antara Malaysia dan China," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: diplomasi senyap , China , Laut China Selatan

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan