Tiada Kenaikan Harga Ubat Di Bawah TPP - Ideas

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada perubahan ketara bagi harga ubat-ubatan di bawah Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan berkata kebimbangan mengenai  kemungkinan kenaikan berkenaan telah disuarakan dalam rundingan mengenai TPP.

Berikutan itu, katanya, beberapa negara anggota TPP mencadangkan agar Peraturan Perlindungan Data (RDP) dilanjutkan kepada 12 tahun.

"Bagaimanapun, kesudahannya, kesemua negara anggota TPP bersetuju RDP itu ditetapkan selama lima tahun. Bagi Malaysia sendiri, tiada sebarang perubahan kerana RDP semasa sememangnya ditetapkan selama lima tahun," katanya kepada media susulan rundingan TPP terhadap pertumbuhan ekonomi dan perlindungan harta intelektual, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, sepertimana negara lain yang mencadangkan lanjutan tempoh RDP berkenaan, kerajaan Malaysia juga selama ini memberi subsidi bagi kos perubatan di hospital awam.

"Cuma, kita tidak mempunyai nama khusus seperti sistem insurans kesihatan kebangsaan yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan.

"Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan kenaikan kos perubatan serta harga ubat-ubatan," katanya.

Menurut laporan media, tempoh RDP yang lebih lama akan membawa kepada peningkatan harga ubat-ubatan kerana maklumat mengenainya tidak didedahkan kepada pasaran.

Ia akan membawa kepada monopoli dan seterusnya meningkatkan harga ubat-ubatan kerana maklumatnya yang hanya terhad kepada pihak pengeluar.

Dalam rundingan TPP itu, Amerika Syarikat dan Jepun mencadangkan agar RDP membabitkan ubat-ubatan biologik dilanjutkan dan diselaraskan dengan amalan di beberapa negara lain.

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan yang ia akan disusuli peningkatan perbelanjaan awam yang melibatkan ubat-ubatan selain turut mengehadkan akses bagi pengeluar ubat-ubat generik.

Kajian oleh IDEAS baru-baru ini menunjukkan kebimbangan itu tidak berasas berdasarkan pengalaman lampau Kanda dan Jepun.

Kedua-dua negara itu memiliki sistem insurans kesihatan yang merangkumi hampir kesemua kos penjagaan kesihatan, termasuk ubat-ubatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan