Serangan Di Paris: Malaysia Tapis Pelarian Syria

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelarian dari timur tengah yang akan dibawa masuk ke negara ini perlu menjalani proses saringan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang ancaman keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata ia perlu sebagai langkah berjaga-jaga, terutama selepas serangan pengganas di Paris yang telah mengorbankan 129 nyawa dan beratus-ratus yang lain cedera.

"Inilah risiko yang kita perlu ambil apabila kita terima pelarian daripada Timur Tengah, jadi kita akan tapis dahulu dan lihat latar belakang mereka.

"Melihat kepada kejadian yang berlaku di Paris, kita perlu lakukan (tapisan) itu apabila ada khabar angin berkata ia berpunca daripada pelarian yang diterima," katanya pada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Nur Jazlan berkata, walaupun dengan insiden itu, ia tidak bermaksud kerajaan akan mengubah pendiriannya untuk menerima masuk seramai 3,000 pelarian dari Syria seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB ke-70 di New York pada 1 Oktober lalu.

"Ya, kita masih pegang janji kita, kita tidak kata semua pelarian itu pengganas. Tetapi kita perlu adakan tapisan itu untuk keselamatan negara," katanya.

Mengenai pandangannya berkaitan serangan di Paris, Nur Jazlan berkata, pihaknya tidak begitu terkejut kerana insiden hampir sama pernah berlaku menerusi kes Charlie Hebdo Januari lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak menafikan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa pemimpin negara turut menerima ancaman daripada kumpulan militan negara Islam (IS).

"Hishammuddin sebagai menteri pertahanan memang punyai banyak kemudahan risikan saya rasa apa yang dia cakap itu betul. Di KDN kita pantau pergerakan suspek yang boleh ditakrif sebagai pengganas," katanya.

Menurutnya, kumpulan IS kini menggunakam elemen baru dengan bergerak dalam kumpulan yang kecil bagi menyukarkan pergerakan mereka untuk dikesan.

Risikan KDN juga menunjukkan pengikut IS di Malaysia masih belum mencecah angka ribu namun pihaknya tetap memantau semua pihak yang mempunyai potensi untuk lakukan serangan.

"Seperti yang disebut, sekarang ini mereka gunakan elemen baru pengganas, yang gunakan kumpulan kecil bagi mudahkan pegerakan mereka. Kita perlu lebih cekap," katanya.

Katanya lagi, kumpulan IS di Malaysia masih menggunakan media sosial untuk merekrut pengikutnya dan mensasarkan kumpulan terpelajar khususnya yang ada kemahiran membuat senjata.

Tags / Kata Kunci: Paris , KDN , Syria

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan