Pengarah NOW Tidak Minat Cari Kebenaran - Abdul Rahman

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 3:05 PM

Jamil Khir membuat laporan polis terhadap Akmal Nasir pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: National Oversight and Whistleblowers (NOW) lebih berminat untuk mengaibkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berbanding mencari kebenaran,  kata Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata jika melihat kepada laporan polis yang dibuat Pengarah NOW, Akmal Nasir yang menggesa pihak polis menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana kebajikan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), persatuan itu hanya berminat untuk mengaibkan Jamil Khir.

"Rupa-rupanya laporan polis Akmal Nasir dalam bentuk 7 soalan. Kalau masih persoalan kenapa sanggup aibkan maruah seorang menteri agama begitu?

"Kenapa tak tanya Yapeim dahulu sebelum buat PC?," kata Menteri Kesejaheteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menerusi Twitternya pada Isnin.

Pada Jumaat, NOW mendakwa Jamil Khir menggunakan dana Yapeim untuk membeli-belah dan bermain golf bersama isterinya di Amerika Syarikat (AS) pada Mei tahun lalu.

Namun, Jamil Khir menjelaskan bahawa lawatannya ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika, termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis pada Ahad, Jamil Khir berkata beliau mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji terhadapnya.

"Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku," katanya.

Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata: Kita jumpa di mahkamah.

Tags / Kata Kunci: NOW , Jamil Khir Baharom , Yapeim , Akmal Nasir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan