Jumlah Pendaki Gunung Kinabalu Pada Disember-Januari Dihadkan

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bilangan pendaki Gunung Kinabalu dihadkan kepada 100 hingga 120 orang sehari untuk tempoh dua bulan bagi pendakian percubaan apabila ia dibuka kepada orang ramai mulai 1 Disember ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia bagi memastikan kemudahan pendakian yang disediakan serasi dengan pendaki selain mengenal pasti sebarang kelemahan sepanjang tempoh percubaan itu.

"Laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-Sayat ke puncak Gunung Kinabalu menggantikan laluan lama yang rosak akibat gempa bumi Jun lalu sudah siap sepenuhnya untuk digunakan.

"Laluan dari Kota Belud (ke puncak Gunung Kinabalu) pula cuma akan siap pada bulan Februari tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Kunang-Kunang dan Kelestarian Pelancongan anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, Isnin.

Sebelum ini, aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sejak 5 Jun lalu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang telah mengorbankan 18 pendaki termasuk malim gunung.

Pada 1 September lepas, sebahagian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada para pendaki secara rasmi, bagaimanapun pendakian hanya dibuka sehingga ke Laban Rata kerana laluan ke puncak masih ditutup berikutan kerja penambahbaikan sedang dijalankan.

Masidi berkata walaupun pendaftaran untuk mendaki gunung tersebut begitu menggalakkan terutamanya daripada pendaki tempatan, namun jumlah pendaki perlu dihadkan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

"Pertimbangan utama kita ialah keselamatan pendaki," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan